SERDANG, Rakyat perlu ubah untuk menyelamatkan Malaysia dripada cengkaman UMNO-Bariasn Nasonal yang hanya mengkayakn kroni tetapi membebankan warga dengan masalah ekonomi.

Pembantu Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata, keangkuhan dan kesombongan para pemimpin UMNO-BN membuktikan mereka tidak pedulikan aspirasi rakyat.

“Dalam satu ucapan televisyen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan megahnya mempromosikan kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi (GTP & ETP), namun demikian beliau masih takut untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Nampaknya Najb hanya syok sendiri dengan kejayaan ciptaannya kerana ia tidak dapat dibincangkan dan dipertikaikan oleh sesiapa,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Beberapa hari yang lepas, Najib membuat ucapan menggesa rakyat Malaysia agar ‘jangan mengubah pemandu yang berada di pertengahan perjalanan ke arah transformasi’.

Menurut Teo, apa yang rakyat peru lakukan bukan sahaja ubah pemandu tersebut, tetapi keseluruhan kereta usang yang telah banyak menggunakan minyak yang dihasilkan oleh rakyat selama 54 tahun, agar semua orang selamat daripada kemalangan.

Beliau juga mempertikaikan dakwaan Najib kononnya hanya selepas 2 tahun ETP diperkenalkan, pendapatan per kapita negara telah meningkat daripada USD6,700 kepada USD9,700.

Belia menjelaskan, kenyataan Najib bercanggah dengan angka yang diberikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S Subramaniam yang mengatakan bahawa 33% daripada tenaga kerja Malaysia memperolehi pendapatan kurang daripada RM700 sebulan.

“Hari ini rakyat biasa yang berhutang RM200 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri pun boleh dihalang pergi ke luar negara di bawah Seksyen 104, Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Sedangkan antara 99 syarikat yang memegang permit import (AP), 2 daripadanya belum berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri manakala 41 syarikat lain mempunyai cukai yang belum dibayar sebanyak RM144,627,868.94,” katanya.

Selain itu, Teo mengkritik Najib kerana mendakwa bahawa kerajaan UMNO-BN ptut disokong kerana telah memberikan RM3 bilion secara terus kepada rakyat pada hal banyak subsidi bernilai berbilion ringgit untuk keperluan asas rakyat telah dipotong.
Jenis Subsidi Perbelanjaan 2011 (RM Juta) Perbelanjaan 2012 (RM Juta)
1. Subsidi Gas Cecair (LPG), Diesel dan Petrol 20,375.02 17,000.00
2. Subsidi Baja Padi 756.31 409.00
3. Subsidi Beras 655.69 488.00
4. Dasar Jaminan Bekalan Makanan 400.00 0
5. Skim Penstabilan Minyak Masak 1564.21 1523.36
6. Gula 262.4 200.00
7. Tepung Gandum 129.12 113.00
8. Pengangkutan Udara Luar Bandar 251.71 164.68

Pada masa yang sama juga, belia berkata, ganti rugi untuk konsesi lebuh raya telah meningkat RM300 juta pada 2011 kepada RM343 juta pada 2012.

Angka ini belum lagi mengambil kira ganti rugi RM120.55 juta yang perlu dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Grand Saga Sdn Bhd kerana memansuhkan 2 tol plaza sepanjang Lebuhraya Cheras-Kajang. Semua ini menggunakan wang rakyat.

“Di bawah pentadbiran kerajaan UMNO-BN, kroni didahulukan rakyat dipinggirkan. Hanya dengan mengubah pemandu dan kereta tersebut, rakyat Malaysia mempunyai peluang masa yang lebih baik untuk negara ini,” ujarnya. najib