GAMBARAN PENGARUH BUDAYA BARAT
GAMBARAN PENGARUH BUDAYA BARAT
DALAM KEHIDUPAN BELIA-REMAJA

Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Dip. Islamic Studies, UIA, BA (Hons) Sains Politik UKM,
MA Analisis Polisi dan Keselamatan UKM
(Sedang Melanjutkan Pelajaran Peringkat Ph.D di Fakulti Ekologi Manusia, UPM)

1. Latar Belakang

1.1. Pengaruh Barat dan Demokrasi

Menurut Stephen A. Marglin, Professor Ekonomi, Walter S. Barker di Universiti Harvard dalam artikel bertajuk “Development as Poison Rethinking the Western Model of Modernity”, mendefinisikan budaya barat sebagai.

Culture is in the last analysis a set of assumptions, often unconsciously held, about people and how they relate to one another. The assumptions of modern Western culture can be described under five headings: individualism, self interest, the privileging of “rationality,” unlimited wants, and the rise of the moral and legal claims of the nation-state on the individual .

Berdasarkan kepada petikan ini, semua telah sedia maklum bahawa pengaruh barat ke atas negara-negara dunia ketiga termasuk negara-negara Islam amat ketara sehingga ke hari ini dari pelbagai sudut sama ada sosial, ekonomi dan politik. Antara pengaruh dan kejayaan yang paling besar ialah dengan menanamkan sistem politik demokrasi sebagai dasar pemerintahan sesebuah negara. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem ini yang telah mengundang pelbagai polemik sama ada yang baik mahupun yang buruk.

Sementara kegagalan yang paling besar ialah apabila negara-negara bekas jajahan yang mengamalkan sistem demokrasi ‘kurang cerdik’ untuk mengIslamkan atau membudayakan sistem tersebut mengikut suasana setempat. Demokrasi berpegang atas prinsip “It is a government of the people, by the people and for the people” (kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat) dengan bersandarkan kepada kebebasan (freedom) tanpa bertunjangkan kepada nilai-nilai murni telah merosakkan kehidupan bermasyarakat sama ada di barat mahupun negara-negara lain yang mengambil sistem ini secara membuta tuli. Lebih menyedihkan, negara-negara mengamalkan sistem demokrasi gagal untuk menangkis serangan demi serangan budaya barat sehingga menimbulkan masalah dalam kehidupan bernegara. Dalam Islam memang tidak ada dinafikan terdapatnya demokrasi, tetapi sistem itu mesti bertunjangkan kepada ajaran agama yang telah diturunkan kepada manusia.

The inability to comprehend this nexus explains, in part, the misapplications of freedom in the political and social spheres. Freedom of expression in western society, for instance, is often perceived and pursued as an absolute rights – with very little regard for the principle of responsibility that is inherent in the exercise of that right. That freedom is both a right and responsibility is an idea that is deeply embedded in Islamic philosophy and indeed in most other religious philosophies. If fact, in the Quran, it is the responsibility of the human being – and not just rights – to enjoin what is right and forbid what is wrong. What is a right in Western political thought become a responsibility in Islamic political thought because of it moral content and character. When a right is exercised as a responsibility, the moral implications for the well-being of society are enormous

Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.

Menurut Anwar Al-Jundi, antara pengaruh barat yang amat nyata ialah menafikan fungsi agama itu sama sekali. Mereka memisahkan agama daripada kehidupan. Sedangkan kemajuan yang dicapai oleh sesebuah masyarakat adalah berdasarkan peranan agama dalam segala aspek kehidupan . Gerakan ini tersusun rapi melalui gerakan misionari, pendidikan, pengajian ketimuran, kebudayaan, murtad, media cetak, media elektronik, teknologi maklumat dan sebagainya.

Antara agenda pengaruh barat hari ini ialah

• merapatkan jurang antara nilai-nilai barat dan nilai masyarakat Islam
• mengekalkan penguasaan atas segala kekuatan masyarakat serta meracuni pemikiran mereka dan merendah-rendahkan kemuliaan dan keistimewaan manhaj yang mereka bawa
• memecahbelahkan kesatuan umat dan mencari punca-punca nang membolehkan mereka sentiasa bermusuhan sehingga mereka tidak boleh bersatu
• merosakkan kubu yang menjadi penguasaan umat Islam iaitu berakhlak mulia. Inilah faktor yang paling penting untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan Islam serta meniupkan roh-roh kerosakan akhlak

Buku yang ditulis oleh Zig Ziglar sepatutnya menjadi rujukan para belia dan masyarakat negara kita, bagaimana orang barat telah menyedari dan melihat sendiri keruntuhan budaya cara hidup mereka dan betapa perlunya mereka kembali kepada ajaran agama yakni Kristian dalam membina semula peradaban mereka.

Berbeza dengan masyarakat di negara kita hari ini, di mana ada segelintir daripada belia remaja dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang mahu mengambil budaya (cara hidup) yang merosakkan itu untuk membina peradaban. Inilah kesilapan yang terlampau besar yang telah berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Kata-kata seorang orientalis barat, Hanoto yang merupakan penasihat politik kepada Kementerian Tanah Jajahan Perancis di akhir kurun ke 19 sepatutnya menjadi peringatan kepada belia remaja:

Dahulu tujuan-tujuan peperangan Salib adalah untuk merebut kembali Baitul al-Maqdis dari tangan orang-orang Islam yang tidak bertamadun itu, namun apa yang mengejutkan Kristian barat ialah kemampuan panji-panji Islam terus kekal di sepanjang kehidupan manusia. Oleh itu sudah tibanya untuk berusaha memindahkan orang-orang Islam kepada tamadun barat dengan tujuan untuk menghapuskan bahaya yang tersembunyi dalam perpaduan Islam. Sebaik cara bagi meneguhkan kedudukan wilayah jajahan orang-orang Eropah di dunia Islam ialah melahirkan keraguan terhadap agama Islam dan meresapkannya ke dalam jiwa para penganutnya dengan menonjolkan isu perbezaan mazhab, pertentangan bangsa, perkauman dan geografi di samping mensyarahkan prinsip-prinsip Islam dengan syarahan yang meragukan dan menyimpang dari nilai-nilainya yang asli, seterusnya memuliakan nilai-nilai barat, sistem politik dan akhlak individu yang terdapat pada bangsa-bangsa Eropah .

Hujah ini perkuatkan oleh kata-kata Lord Macauty, dengan mengambil negara India sebagai contoh dan persamaan dengan apa yang berlaku di Malaysia hasil daripada proses penjajahan budaya dan pembaratan:

“We must do our best to form a class who may be interpreters between us and the millions whom we govern – a class of persons, Indians in blood and colour, but English in taste, in opinion, in moral and in intellects”

Negara dan masyarakat Islam juga tidak terlepas daripada perancangan ini terutama apabila runtuhnya kerajaan Islam Ottomaniyyah dalam Perang Dunia I. Peluang ini digunakan untuk mengsekularkan negara-negara Islam dan memastikan tidak wujud lagi konsep khalifah di muka bumi ini melalui pemerintahan Kamal Ataturk. Kemuncak kekuasaan Kamal Ataturk ialah apabila beliau sendiri mengisytiharkan Turki sebagai sebuah negara sekular .

Maka bermulalah juga proses pembaratan negara Turki. Orang Turki kemudian menjadi orang barat dari sudut peribadi seperti perawakan, pemikiran dan perilaku. Kehidupan beragama telah hancur. Akidah, ibadah, dan akhlak mereka tidak lagi menjadi tunjang kehidupan. Lebih malang lagi, walaupun Turki mengambil barat sebagai rujukan utama, tetapi negara Turki masih tidaklah sehebat mana seperti yang dicapai oleh negara barat. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Saidina Omar Al-Khattab: “Aku khuatir mereka yang dibesarkan dan dididik dalam Islam tetapi tidak mempunyai ilmu tentang cara hidup (tipu daya) orang-orang musyrik akan meruntuhkan Islam itu sendiri”

Ternyata sekali perancangan ini telah berjaya dilakukan. Pengaruh barat telah meresap kepada segenap kehidupan hidup masyarakat timur. Mereka telah berjaya meluntur nilai-nilai keIslaman dan ketimuran yang menjadi paksi dan identiti sesuatu bangsa. Dominasi ini telah menjadi belia remaja tidak mengambil kisah soal “siapakah sebenarnya aku”.

Pengaruh barat ini juga bercanggah dengan prinsip kelapan Islam Hadhari yang mahu mewujudkan keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara. Dalam merangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraaan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk . Perlu ditegaskan, bahawa pengaruh barat yang buruk ini bukan hanya bertentangan dengan agama Islam sahaja, tetapi juga agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian.

Oleh kerana pengaruh barat boleh dilihat dari pelbagai dimensi, kertas ini hanya akan meninjau pengaruh daripada sudut sosial sahaja. Penulis merasakan kesan sosial lebih mempengaruhi belia remaja hari ini, walaupun tidak dinafikan sama sekali pengaruh ekonomi dan politik. Semua gambaran-gambaran yang dibincangkan ini saling berkaitan antara satu sama lain. Maka, untuk memudahkan perbincangan, penulis perincikan satu persatu walaupun tidak kesemuanya disenaraikan.

2. Gambaran Ringkas Pengaruh Budaya Barat

2.1. Pergaulan Bebas, Seks Bebas, Lesbian, Homoseksual dan Pelacuran (HIV-AIDS) = Human Rights vs God Rights.

Hasil cetusan ideologi demokrasi ini telah menyebabkan gerakan hak asasi manusia (Human Rights) semakin berpengaruh sehingga menafikan hak Tuhan (God Rights) sebagai asas dalam perjuangan. Pergerakan ini telah menjadi begitu dominan dan sukar untuk dikawal.

Both America and West preached the freedom of belief. It means that human being has the rights to believe or not to believe or free to choose what they believe in whether ideology, religion, or principle. Further he may change his mind shift to another religion

Pergerakan ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat terutama golongan belia remaja. Mereka menggunakan istilah hak asasi manusia bagi mengaburi mata masyarakat walaupun bertentangan dengan Hak Tuhan. Inilah kejayaan besar dalam demokrasi yang dipimpin oleh barat yang berjaya memperluaskan pengaruhnya. Demokrasi barat adalah bertunjangkan kepada kebebasan dan hak asasi manusia. Secara prinsipnya, memang tidak salah untuk seseorang itu bergerak bebas megikut kemahuan dan pilihannya. Namun, perlu dingatkan bahawa jangan sampai pilihan itu menimbulkan masalah kepada orang lain apatah terhadap ajaran agama. Dalam kertas kerja ini, perbincangan lebih menjurus kepada kebebasan bersosial melalui petikan berikut:

This type of freedom is highly valued by the western societies and such it is highly protected by its own government. Under this belief, a man has the right to live his private life as he pleases. He has the right to marry or indulge in extra-marital affairs with any women as long it is done with consent or mutual consent. he has the right to eat, drink and wear whatever he pleases within the limits of the law. To them the concept about halal or haram doesn’t exist when it comes to personal freedon. This system doesn’t believe in religion at all. So today we see in the western world men and women living outside marriage, women make love with other women, men making love to another men, pornographic magazine and movies, sex phone lines, and nude bars, just to quote a few axample. Personal freedom is governed by Islam and this concept contradicts the commandments of Allah (swt)

Prinsip kebebasan yang dipegang melalui petikan di atas ternyata amat bahaya kepada agama, bangsa dan negara, walaupun ia diikhtiraf di barat. Ia bukan sahaja menimbulkan masalah kepada individu yang mengamalkannya, tetapi juga kepada orang lain yang tidak berdosa. Peningkatan mendadak kes-kes seperti pengguguran bayi, remaja mengandung sebelum berkahwin, dan berbagai lagi penyakit yang dibawa mula membimbangkan masyarakat barat sehingga ada yang menasihatkan:

Many parents never even tell their children that sex outside of marriage is not something “everybody does.”

Kita sedia maklum, selain daripada pengaruh dadah, AIDS mengorbankan jutaan nyawa setiap tahun akibat daripada aktiviti ini. Paling menyedihkan, jumlah pengidap AIDS dan wilayah penyebarannya dijangka akan terus bertambah pada penghujung dekad ini. AIDS merebak begitu pantas. Pada thun 2003 sahaja, dunia menyaksikan 4.8 juta orang menjadi mangsa baru AIDS, menjadikan sebanyak 37.8 juta jiwa penghuni dunia yang hidup dengannya sehingga penghujung 2004. Dianggarkan 8000 orang penghidap AIDS mati setiap hari, manakala sepangjang 12 bulan yang lalu, angka yang terkorban meningkat kepada 2.9 juta orang

Selain daripada penggunaan dadah (suntikan jarum), faktor-faktor seperti pergaulan bebas yang melibat seks bebas, homoseksual dan pelacuran adalah penyumbang terbesar kepada matapetaka ini. Semuanya ini berpunca daripada pengaruh barat yang menular masuk tanpa diambil kira dosa pahala.

Di negara kita, tiga orang mati setiap hari akibat AIDS manakala 19 kes baru HIV di kesan setiap hari. Sehingga kini, terdapat lebih 60 ribu pengidap HIV positif, setelah menyaksikan pertambahan 6784 kes pada tahun lepas. Sebanyak 700 orang pengidap AIDS meninggal pada tahun 2003. Menurut Datuk Dr. Latiff, walaupun trend ini kekal iaitu 6000 kes setiap tahun mulai 2000 hingga 2004, keadaan ini amat membimbangkan.

Lelaki dan perempuan mempunyai batas-batas moral yang perlu diawasi. Kedua-dua kejadian ini adalah berbeza. Mereka tidak boleh dibiarkan bergaul bebas tanpa batas sehingga menimbulkan masalah dalam masyarakat. Semua agama berpendapat mereka tidak boleh bergaul bebas tanpa batas. Apatah dalam agama Islam.

Isu serbuan terhadap kelab malam The Zouk, Ampang, Kuala Lumpur sepatutnya membuka mata kita semua. Ada beberapa pertubuhan yang terpengaruh dengan barat menentang tindakan yang dilakukan dengan hujah bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang ingin hidup bebas dan mengamalkan cara hidup mereka tanpa gangguan orang lain . Golongan ini menentang tindakan moral yang dilakukan oleh pihak berkuasa (agama) dengan mengetengahkan isu-isu peribadi (kecil) bagi mengaburi isu yang lebih besar (mencegah mungkar dan menyeru makruf). Bagi mereka, undang-undang moral sudah tidak relevan lagi. Moral adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan orang lain tidak perlu campurtangan.

Golongan ini sepatutnya sedar bahawa kekebasan tanpa kawalan ini telah menghancurkan cara hidup barat dan kajian yang dibuat oleh Jennifer Marshall melalui Family Research Council patut diberikan perhatian:

Current trends indicate that by the year 2015….one of every two American babies will be born to a single mother, and illegitimacy will surpass divorce as the main cause of fatherlessness

Apa yang menyedihkan bila mana pengaruh barat ini telah berjaya meresap kepada golongan ini menjadi jurucakap barat menentang tindakan moral dikenakan ke atas mereka yang tidak bermoral seperti pergaulan luar batas, minum arak bagi orang Islam dan sebagainya.

Jelas bahawa masih ramai yang tidak menyedari betapa seriusnya pelacuran sebagai satu pencabulan dan pencerobohan terhadap hak asasi dan maruah serta penghormatan seorang insan. Golongan yang diharapkan mempunyai pengetahuan dan ilmu yang mantap bagi membimbing masyarakat umum juga nampaknya amat kurang arif mengenai dinamisme dan wujudnya lingkaran ganas dalam kancah pelacuran. Dalam era globalisasi hari ini, pelacuran menjadi satu bentuk perdagangan antarabangsa yang mendatangkan keuntungan berjuta billion. Di kebanyakan tempat seperti di Thailand, dianggarkan sebanyak 33 billion USD diperolehi setahun hasil dari pelancongan seks, di mana pelancong-pelancong yang datang adalah untuk mendapatkan perkhidmatan seks.

Dikatakan juga kira-kira hampir satu juta wanita Republik Dominica bekerja sebagai pekerja seks di luar negara. Wanita dan kanak-kanak (ada yang semuda sepuluh tahun) diambil dari negara-negara seperti Myanmar, Bosnia, Croatia, Ethiopia dan Eropah Timur untuk mengisi rumah-rumah pelacuran di seluruh dunia. Perdagangan seks dan imej wanita yang dijadikan barang dagangan sebenarnya adalah sebahagian bukti bagaimana globalisasi mengikis rasa hormat manusia terhadap maruah dan integriti kehidupan manusia itu sendiri .

Kegiatan homoseksual bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara kita dan negara jiran. Di Singapura, kerajaan mereka hari ini mulai bimbang dengan peningkatan HIV-AIDS disebabkan oleh kegiatan homoseksual selain daripada pengaruh dadah. Langkah-langkah sedang diambil untuk membendung amalan seumpama ini. Di negara kita, sering digembar-gemburkan tentang kegiatan ini yang semakin berleluasa di Bukit Bintang dan di Bangsar seperti yang didedahkan oleh media massa dan elektronik. Langkah-langkah membendung kegiatan ini masih belum mencapai tahap serius.

2.2. Pengaruh Media dan Teknologi Maklumat

Pengaruh media memang tidak dalam dinafikan sama sekali apabila bercakap mengenai keberkesanan pengaruh barat ke atas belia remaja. Di Amerika Syarikat, televisyen adalah punca nombor satu segala masalah sosial yang dihadapi hari ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry mengatakan punca keganasan kanak-kanak dan belia remaja adalah disebabkan oleh pengaruh televisyen. Golongan ini mempunyai tendensi untuk :

• Become “immune” to the horror of violence
• Gradually accept violence as a way to solve problems
• Imitate the violence they observe on television
• Identity with certain characters, victims, and/or victimizers.

Di negara kita, selain daripada dadah yang menjadi nombor satu negara, pengaruh media boleh dikatakan setara. Keadaan menjadi semakin serius apabila pengamal-pengamal media tidak dapat menapis dan memahami isi kandungan media yang ingin dipaparkan untuk menjadi tatapan penonton mengikut selera tempatan. Pengamal-pengamal agak ‘kurang pandai’ untuk memberikan input-input setempat terhadap setiap program yang dicedok daripada barat. Sedangkan semua sedia maklum bahawa pengaruh media sama ada media cetak atau elektronik amat besar dan mengancam kehidupan masyarakat timur.
Menurut Ungku Abdul Aziz, pengaruh barat boleh dilihat bilamana remaja pada umumnya tidak dapat mengenal jati dirinya sendiri. Mereka disimbah dengan pelbagai jenis identiti gantian terutamanya media. Media membentuk identiti dan jati diri mereka kerana medialah yang mewujudkan, membentuk dan membina celebriti .
When your child is in front of a television set or a movie screen, you’re permitting him to be educated (indoctrinated) by the most effective and persuasive educational tool in America today. Through TV we can be (have been) conditioned to believe incredible things. Many of the most widely viewed TV programs have been conditioned us to believe that premarital, even extramarital, sexual relationship are perfectly all right provided they are “meaningful relationship”. Today, nearly three out of four sexual relationships on the TV are between unmarried people. This clearly teaches that sex outside marriage is not only okay but is exciting and “beautiful”. That’s the message our kids get!

Menurut Zig Ziglar, pengaruh televisyen di Amerika Syarikat dianggap sebagai pemusnah kepada nilai-nilai kemanusiaan. Mengikut teori sosialisasi politik pula, pengaruh media ini menenggelamkan pengaruh baik ibubapa terhadap anak-anak dan juga sistem pendidikan.
Thus political socialization is the process by which people form their ideas about political issues and absorb political values. In early life, we are strongly influenced by the family and the educational system. As we grow up, however the influence of our peer groups and of the mass media including television and the newspapers, is stronger .
Schwartz dan Mannella mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding sarjana yang membuat kajian tentang sosialisasi politik (Dawson dan Prewitt, 1969; Dennis, 1973; Greenstein, 1965; Hess dan Torney, 1967; Hyman, 1959; Jaros, 1973) yang meletakkan agen keluarga dan sekolah adalah yang paling dominan dalam proses sosialisasi politik. Sarjana lain yang bersependapat mengenai besarnya pengaruh media massa adalah Robert G. Meadow , Charles K. Atlan dan David Easton .
Hujah ini turut dipersetujui oleh Steven H. Chaffee, L. Scott Ward dan Leonard P. Tipton yang tidak sependapat dengan sarjana-sarjana klasik yang membuat kajian mengenai sosialisasi politik yang mengenepikan pengaruh pengaruh media massa (elektronik) dan juga budaya popular . Lebih hebat lagi kini dunia telah memasuki era teknologi maklumat (IT) dan komunikasi (ICT).
Sarjana-sarjana klasik sering mengenepikan pengaruh media massa dan budaya popular. Kalau adapun mereka hanya menyentuh sepintas lalu sahaja. Sedangkan agen-agen seperti muzik popular, tayangan gambar, novel, iklan, drama, lawak jenaka atau khabar angin amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Banyak kajian membuktikan bahawa hari ini ramai orang terutamanya remaja menghabiskan masa dengan budaya popular ini. Ada bukti yang menunjukkan bahawa muzik popular mengandungi kandungan politik selari dengan apa nilai-nilai politik yang dipegang oleh kebanyakan keluarga dan guru.
Penulis amat bersetuju dengan pandangan Schwartz dan Mannella kerana dalam konteks kajian di Malaysia, unsur-unsur budaya popular merupakan agen yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Budaya popular ini yang dipelopori oleh media massa dan media elektroknik telah berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak hingga peringkat usia tua juga. Apatah lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja. Boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Pengaruh internet sebagai budaya baru dalam proses sosialisasi politik pasti menjadikan kajian teori ini semakin hebat dan tidak berkesudahan.

Lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-rancangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan.

Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus peratus dan tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukkan nilai-nilai keMalaysiaan atau KeIslaman. Ada pengkritik vocal, seni pentas, seni lagu, persembahan dan sebagainya tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan input soal budaya, dan adat sopan agama.

Dalam laporan Berita harian mengatakan, sesungguhnya persaingan merebut penonton dan iklan antara stesen TV swasta sekarang ini, sudah sangat tidak sihat. Sama ada mereka melanggar garis panduan atau tidak, boleh diperdebatkan. Yang jelas, semakin banyak program yang tidak bersopan, ganas dan lucah. Termasuk program kanak-kanak dan kartun yang ganas. Ada yang menari, menyanyi dan berpakaian macam orang tidak siuman. Ada pula ‘judi IT’. Ada kelakuan yang tidak senonoh telah pun diikuti oleh pengacara, penyanyi dan pelakon lawak kita dalam program untuk orang muda . Dalam akhbar yang sama bertajuk Akademi fantasia sentuh Minda Melayu, persoalan diitimbulkan apakah AF menyuburkan budaya hedonisme dalam orang melayu.

Media cetak tidak kurang hebatnya dalam menyuburkan budaya barat ini. Cuba kita tinjau kedai-kedai buku dan surat khabar. Nyata sekali sambutan terhadap majalah-majalah hiburan terutama melibatkan artis-artis amat memberansangkan. Kandungan majalah lebih banyak mendedahkan kehidupan artis menutupi majalah yang lebih bercorak santai dan akademik. Begitu juga dengan iklan-iklan yang dipapar, lebih kepada ekploitasi terhadap kaum wanita yang sering dikaitkan dengan pengaruh barat.

Selain itu, sambutan dan pengaruh laman Web lucah dari barat yang mendapat tumpuan yang amat menggalakkan. Petikan berikut menunjukkan kebimbangan barat terhadap laman web lucah ini.

The evidence is overwhelming that pornography is a causal factor in violence, child abuse, and rape. Research conducted by the Federal Bureau of Investigation involving 36 serial murderers revealed that 81 percent (29/36) reported pornography as one of their highest sexual interest, making pornography one of the most common profile characteristics of serial murderers. In 1983, Dr. William Marshall found that 86 percent of rapist admitted regular use of pornography, with 57 percent admitting actual imitation of pornography scenes in commission of sex crimes.

Berdasarkan kepada penerangan di atas, jelas kepada kita bagaimana hebatnya pengaruh barat ke atas media di negara kita. Paling menyedihkan apabila telah wujud laman-laman web lucah di kalangan penduduk tempatan. Bukti telah menunjukkan bahawa di seluruh dunia laman-laman web lucah ini mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan dan paling banyak dilayari. Justeru, jika tidak ada mekanisme untuk menyekat pengaruh ini, bayangkan kehidupan belia remaja kita akan datang.

2.3. Serangan Pemikiran dan Moral

Serangan pemikiran ini tidak boleh dipandang ringan dan telah berlaku sejak negara Islam dijajah oleh barat. Sejarah membuktikan bahawa untuk menguasai secara mutlak umat Islam adalah mustahil kerana tiap-tiap umat mempunyai sifat-sifat keperibadian yang tersendiri yang dapat menangkis segala bentuk penjajahan dan pengaruh asing. Justeru, usaha dilakukan untuk mengalihkan pandangan mereka kepada nilai-nilai baru yang boleh meruntuhkan identiti dan memaksa mereka membuka peluang kepada pengaruh-pengaruh untuk berkembang dan menjadi dominan.

Lord Cromer menggambarkan taktik yang disusun oleh Perancis, Inggeris dan Belanda di negara Islam dengan kata-kata berikut.

Pemuda-pemuda yang mendapat didikan di England dan Eropah terputus hubungan kebudayaan dan kejiwaan dengan negaranya haruslah dijadikan sasaran. Golongan ini telah gagal menjadikan diri mereka sebagai anggota masyarakat kepada negara asalnya yang telah memberikan pendidikan kepada mereka. Justeru itu, kehidupan mereka terumbang-ambing perlu digunakan untuk menanamkan pemikiran barat kepada mereka .

Sekali lagi kita lihat pengaruh barat ini berjaya melahirkan individu-individu yang berselindung disebalik pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

There are also some women association which following the development in the West and would also want the same development to happen here in Malaysia. For these people we would like to propose to them that, the world doesn’t just made up of the West, in fact it is much larger than that, even though we agree that the West does have quite strong influence of the international arena. At the same time, we do not say that everything bad comes from the West. However we would like to iterate that the custom of Malaysian society is very different from that of the West. Furthermore, Western laws and civilization only concern the individual rights, but the responsibility of the indivivual is not a concern at all

Kumpulan-kumpulan ini bergerak aktif dan ada yang mempertikaikan kesahihan agamanya sendiri. Wujud kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Islam Liberal. Perkataan liberal ini berasal daripada nama kumpulan pemberontak di Sepanyol abad ke 19 yang menamakan diri mereka sebagai liberales. Antara penyokong fahaman liberal ialah Will Kymlicka dan David L. Sill berkata liberal adalah falsafah politik yang menekankan perkara kebebasan individu, kepercayaan kepada kebolehan manusia untuk membangunkan diri dan keperluan kepada perlembagaan dan undang-undang untuk mengawal manusia . Justeru, tidak timbul soal Islam liberal kerana perkataan liberal itu sendiri mahukan manusia merujuk kepada undang-undang.

Tetapi serangan pemikiran yang berlaku dalam masyarakat hari ini mahu ‘meliberalkan Islam’ sehingga agama Islam dilihat sebagai agama tidak menyongkong kebebasan individu. Individu bebas bergerak tanpa dibatasi dengan apa jua undang-undang agama. Inilah taktik yang telah berjaya ditanam ke atas segelintir masyarakat kita sehingga mengenepikan peranan agama dalam kehidupan. Pemikiran ini amat merbahaya dan boleh memporakperandakan masyarakat dan perlu disekat dengan segera.

2.4. Hiburan Melampau dan Budaya Berhibur (Hedonism)

Hedonism berasal daripada perkataan Greek bermakna berseronok atau bergembira memuaskan nafsu (pleasure). Budaya berseronok ini menjadi matlamat hidup mereka sehingga melupakan Tuhan. Kehadiran Tuhan tidak dianggap penting. Apa yang penting ialah hidup yang seronok. Hedonism masakini berbeza dengan masa lalu. Kalau dahulu, ia hanya mempengaruhi individu tertentu sahaja, tetapi kini budaya berseronok mesti dikongsi dengan orang lain dan mempunyai pengikut yang ramai . Budaya ini semakin mempunyai pengaruh sehingga mengenepikan pendapat orang lain.

Walaupun Karnival TV3 Sure Heboh, Malaysian Idol dan sebagainya tidak boleh dikategorikan sebagai budaya hedonism sepenuhnya, tetapi pengaruhnya tetap ada di situ. Ini dapat dibuktikan melalui tindakan Kerajaan Negeri Terengganu melalui kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hisham Wan Salleh pada 26 Februari 2005.

Dalam kenyataannya sebagai wakil Kerajaan Terengganu, beliau menafikan sama sekali telah memberi kebenaran kepada stesen televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan program berbentuk hiburan, Karnival TV3 Sure Heboh di negeri tersebut. Kerajaan negeri katanya tidak pernah dan tidak akan membenarkan karnival berkenaan atau yang seumpamanya, dibuat di negeri itu kerana ia mengandungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis tempatan yang tidak menepati ciri-ciri Islam Hadhari. Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan negeri telah membuat kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi menganjurkan satu program Islam Hadhari yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu mengenai konsep Islam Hadhari. Beliau seterusnya menambah bahawa kerajaan tidak pernah beri kelulusan untuk adakan (Karnival TV3) Sure Heboh di Terengganu, bahkan kita telah ‘menghadharikan’ TV3 dengan menganjurkan Karnival Islam Hadhari yang akan diadakan di negeri ini pada 25 hingga 27 Mac depan dengan kerjasama stesen televisyen itu . Nama Karnival TV3 Sure Heboh digantikan dengan Perkampungan Hadhari.

Mufti Perak secara terang-terang menyatakan bahawa Konsert Sure Heboh TV3 adalah haram dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam (termasuk juga program TV yang lain seperti Malaysia Idol, Akademi Fantasia dan Persembahan Bakat Warga Tua). Alasannya ialah program tersebut agak keterlaluan yang mana melibatkan percampuran lelaki perempuan di luar batasan, persembahan dan pakaian artis yang keterlaluan dan gejala sosial yang timbul selepas program tersebut. Kenyataan ini telah mendapat reaksi dan publisiti meluas dalam media. Mufti Perak dikecam dengan hebat akibat kenyataan tersebut, sedang Mufti itu sendiri adalah salah satu Jabatan dalam kerajaan dan digajikan juga oleh kerajaan .

Jelas di sini bahawa budaya berhibur ini mempunyai versi yang berbeza, tidak boleh diadakan di Negeri Terengganu sementara di negeri lain dibolehkan. Belia remaja menjadi keliru akibat pengaruh budaya barat pembawaan orang Islam sendiri? Justeru, kajian dan penyelidikan perlu dilakukan untuk memberikan altenatif hiburan kepada belia remaja sesuai dengan budaya dan masyarakat setempat. Dalam Islam, berhibur dibenarkan tetapi jangan sampai melalaikan sehingga melupakan Tuhan.

Kajian yang dibuat pada tahun 1997 menunjukkan bahawa Media Scope Inc menunjukkan bahawa

Music, the lyrics and tunes, is another major problem for today’s families. In 1703, Andrew Fletcher, the great Scottish patriot, made this observation (and I paraphrase him): “You write the laws, let me write the music, and I will rule your country”

Zig Ziglar amat takut trend yang berlaku di barat masa kini. Beliau mengkritik hebat nyanyian dan muzik hari ini yang tidak membawa faedah dan manfaat malah menghancurkan nilai-nilai murni masyarakat.

Ancaman pengaruh barat ini disedari oleh kerajaan Singapura pada awal tahun 1960-an, apabila Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan partinya PAP begitu keras menentang pengaruh budaya barat hedonism semakin menular pada ketika itu. Menteri Kebudayaan, S Rajaratnam menggunakan istilah budaya kuning (yellow culture) bagi merujuk kepada pengaruh budaya barat yang merosakkan . Mungkin ada yang akan bertanya sebaliknya, kenapa hari ini kerajaan Singapura membenarkan pembinaan kasino dan pusat judi antarabangsa canggih terbesar di kawasan Asia di negaranya? ataupun membenarkan pesta gay berjalan? Penulis fikir tidak sesuai untuk dibincangkan dalam seminar ini.

Begitu juga kemunculan pusat-pusat hiburan, kelab-kelab malam, pub, disko dan berbagai istilah lagi yang tidak terkawal sehingga menyebabkan seolah-olah pada pemikiran masyarakat kita kalau mahu berhibur, maka pergilah ke tempat-tempat ini sebegini. Akhirnya, masalah demi masalah yang berlaku bukan hanya budaya berhibur, tetapi ia turut menjadi sarang pengedaran dadah.

2.5. Leburnya Jatidiri

Menurut Campbell dalam majalah The Guardian bertarikh 23 November 2001, memetik perancangan Bush ke atas negara-negara Islam dalam usaha pembaratan

An Arabic-language satellite television station financed by the US and aimed at winning heart and minds in the Muslim world could shortly become a reality. President Goerge Bush has been told of initiative 911, which put half a billion dollars into channel that would compete in the region with Al-Jazeera and would be aimed specifically at younger Muslims who are seen as anti-American. … It represents a new phase of the propaganda war and would be third prong for the US in the media battle along with a beefed-up Voice of America and new Radio Free Afghanistan. …. The network would be “a 24 hours, seven-day a week analogue” on the basic that the “the war of words is as important as the war of bullets”. It would broadcast in 26 languages and would be aimed at around 40 Muslim countries around the world .

Inilah perangkap barat yang telah dipasang dan berjaya menemui mangsa-mangsanya kalangan belia remaja dari semasa ke semasa.

2.5.1. Muzik, Rock, Pop, Rap, R&B dan Hip Hop. Penulis tidak mengatakan keseluruhan budaya ini bertentangan dengan Islam. Bukti menunjukkan melodi yang baik berlatarbelakang muzik yang indah dapat membantu daya kreativiti dan memberikan ketenangan kepada penonton dan pendengar. Melodi dan muzik berlatarbelakang kaum di negara kita amat unik dan boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Malangnya, perkara ini tidak banyak ditonjolkan. Melodi dan muzik barat lebih berpengaruh dan mendapat tempat.

Ironisnya, pengaruh ini begitu mudah diterima. Pertama, kerana hip hop berasal dan berjaya di Amerika Syarikat. Kedua, karena kita melihat apa yang diterima oleh masyarakat Amerika juga harus diterima oleh masyarakat kita. Budaya hip hop telah meresap kedalam masyarakat kita tanpa disedari. Ini kerana, kita telah dididik oleh media utama Amerika, iaitu filem-filem Hollywood. Boleh dikatakan hampir setiap filem-filem Hollywood, mengandungi sikap yang menonjolkan fesyen hip hop (budaya hip hop) dan filem tersebut menggunakan musik hip hop sebagai musik latar (background music).

Jadi secara tidak langsung masyarakat kita telah diajar agar menerima budaya hip hop ini. Kelab malam (pub) yang dulunya memainkan musik Ska dan Rock n Roll pada era 1960an dan 1970an, berubah menjadi musik Disco pada era 1980n kemudian techno pada awal 1990an dan kini berubah menjadi RnB dan Hip Hop. Lihatlah, betapa kuatnya pengaruh Amerika ini. Walaupun dulu kelab hip hop tidak diperbolehkan beroperasi. Tapi kini, segalanya diterima dengan hati terbuka dengan lirik yang kotor, lucah, berbau seks, mengajak orang membunuh diri dan sebagainya.

Apakah kita kekurangan nyanyian dan musik yang menjadi identiti Malaysia. Penulis tidak fikir pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia mahu menyaksikan nyanyian dan musik rock, RnB dan Hip Hop yang telah sebati dalam diri mereka. Mereka datang ke sini untuk melihat kelainan dan keunikan yang ada dibumi bertuah ini dan bukan disajikan dengan perkara yang telah basi bagi mereka. Trend ini telah menjadi kebimbangan orang barat, malangnya kita mengambil kebimbangan orang lain untuk membina keseronokan dan kegembiraan. Apakah kita akan berjaya dan selamat? Renungkan petikan berikut:

Music, the lyrics and tunes, is another major problems for today’s families. If you think I overstate it, I challenge you to go to the local music store, pick up a list of the top ten albums in pop, R&B, country, and rap, get a copy of the lyrics, and read what they say. You will be totally shocked at what is being advocated

2.5.2. Punk , Skin Head dan Black Metal . Ketiga-tiga pengaruh adalah ajaran sesat dan bukanlah sesuatu yang asing kepada belia remaja hari ini. Budaya ini mula mendapat perhatian dan diamalkan secara membuta tuli. Malah, pengaruh “Skin head makan sampah” pernah dipaparkan dalam akhbar negara kita satu ketika dahulu dan menggemparkan masyarakat kita . Amalan budaya negatif ini telah mula mendapat perhatian golongan belia remaja walaupun ternyata “skin head” ini langsung tidak membawa manfaat kepada pengamal-pengamalnya. Tetapi disebabkan oleh orang barat mempraktikkannya, maka ia dianggap sebagai suatu yang glamour apabila melakukannya.

Begitu juga dengan pengaruh black metal. Black metal yang menampilkan musik hitam pantas dan lagu-lagu ‘underground’ amat membahayakan belia remaja dari sudut ahklak dan akidah kerana melibatkan pemujaan syaitan.
Kita pernah dikejutkan satu ketika dahulu pada 18 Julai 2001 apabila pelajar sekolah agama terlibat dalam kegiatan ini. Lambang ‘black metal’ ditemui pada anggota badan pelajar terbabit. Enam sekolah agama termasuk sebuah sekolah rendah merupakan antara 15 sekolah di daerah Kuala Muda, Kedah telah dikenal pasti mempunyai pelajar yang menjadi pengikut ajaran memuja syaitan Black Metal . Ada yang mengatakan bahawa pelajar terbabit dibayar RM500.00 agar menyertai kumpulan ajaran sesat ini.
Pada Ogos 2001, kita dikejutkan lagi apabila kira-kira 200 hingga 300 remaja Melayu bawah umur dikesan terlibat dalam aktiviti kumpulan Skin Head dan Punk yang bergiat aktif di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), khususnya setiap hujung minggu. Kedua-dua kumpulan ini didapati mengamalkan kegiatan yang berunsur keganasan dan juga tidak percaya kepada sebarang agama termasuk Islam. Mereka juga sering kali mengganggu pengunjung dan pegawai keselamatan KLCC serta merosakkan harta benda awam yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan yang menempatkan Menara Berkembar Petronas.

2.5.3. Judi dan Arak

Penulis tidaklah terlalu ekstrim sehingga mahu menghapuskan judi dan arak sama sekali. Tetapi pengalaman penulis yang selalu menyertai dialog antara agama dengan wakil-wakil Non-Muslim berpandangan, tidak ada satu agama yang membenarkan kedua-dua aktiviti ini. Ia adalah pengaruh barat semata-mata yang bercanggah dengan mana-mana agama termasuk agama orang barat (Kristian).

Contoh, pengadilan kes Dato’ Osu Sukam yang terlibat dengan aktiviti perjudian sebanyak 7.1 juta sepatutnya dihayati secara bersama oleh belia remaja. Menurut Hakim Datuk Ian Chin, yang mendengar kes ini, agama-agama lain turut melarang perjudian .

Datuk Chin memetik kitab Bible Prov. 28:22 yang antara lain bermaksud sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut: Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari enam aktiviti yang boleh mengakibatkan hilangnya kesejahteraan yang diperolehi melalui tanggungjawab sosial seseorang dan pengurusan kewangan yang baik. Enam aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran di jalan-jalan.
Dalam isu ini juga Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa pemimpin tidak seharus melibatkan diri dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan agama. Pemimpin seharus menjadi teladan kepada orang yang dipimpin.

Sebagai sebuah negara Islam kita tidak sepatutnya membina pusat perjudian yang terbesar di Asia Tenggara bagi menarik pelancong. Ini kerana judi ini bukan budaya semua agama di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya barat yang ingin menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam nombor ekor dan sekutu dengannya.

Mungkin apa yang saya gariskan adalah suatu yang ideal tetapi semua nilai yang saya gariskan itu bukan hanya bertentangan dengan agama Islam tetapi juga bertentangan dengan nilai-nilai agama lain juga. Tidak ada satu agamapun yang menghalalkan arak, judi, gay lesbian, pelacuran, seks bebas, bahan lucah,

2.5.4. Fesyen Pakaian. Kita selalu mendengar sesetengah orang berkata, “apa ada pada pakaian janji hati mahu baik, kalau pakai bersopanpun hati busuk apa guna” atau “pakaian tidak melambang keperibadian seseorang”. Kata-kata ini tidak sepatutnya keluar daripada seseorang yang berpegang kepada agama. Bukti telah menunjukkan bahawa pakaian yang menjolok mata mengundang bahaya. Ini telah telah diperakui oleh barat. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Zig Ziglar:

Remind your daughter that if she is not careful, she can do a considerable amount of flirting with a glance of her eyes. Also, be sure to carefully supervise the way she dresses. A skirt that is too tight or too short is an invivation to trouble. A sweater that is too tight or a blouse that is cut too low or can be seen through is neither businesslike nor appropriate. Father should explain to their daughters that men are sightoriented, and some of them can rationalize anything. They often hace vivid imaginations that permit them to blame the girl for their amorous advances because she was “asking for it”. You must keep in mind that there are a lot of guys out there waiting for your daughter. Tell your daughter that seductive behavior and clothing are not appropriate at any time but especially not at the office. That’s baiting the hook with the kind of baits that attracts dangerous scavengers. A pragramatic father can give his daughter many invaluable insights into the male psyche

Kita terkenal dengan masyarakat timur yang lembut dan beradab sopan. Setiap masyarakat jati diri tersendiri termasuk fesyen berpakaian. Tidak salah mengambil fesyen orang lain untuk dijadikan amalan. Tetapi pastikan ia sesuai dengan norma-norma agama dan budaya setempat. Kenapa kita perlu mengagung pakaian barat yang tidak senonoh, sedangkan kita ada fesyen berpakaian yang tersendiri beradab sopan

2.5.5. Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dan Bahasa Inggeris. Menguasai bahasa lain memang digalakkan dalam ajaran agama. Namun demikian, kebimbangan di kalanga para pencinta bahasa ialah bilamana bahasa sendiri tenggelam disebabkan oleh sanjungan bahasa asing secara keterlaluan. Dr Hassan Ahmad menyifatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai dasar adalah satu pengaruh barat ke atas negara untuk mengikis jatidiri masyarakat. Bahasa adalah asas pembinaan tamadun, termasuk tamadun Melayu. Menurutnya, pada hari ini pihak yang menentukan dasar bahasa di Malaysia, misalnya, dengan bangga mengisytiharkan bahawa mereka hendak menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu (dalam bahasa Inggeris tentunya) di rantau ini. Oleh sebab itu, ratusan institusi pengajian tinggi swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan atau dibiarkan ditubuhkan seperti cendawan busut banyaknya. Sebagai akibatnya, segala usaha yang dilakukan sejak 43 tahun untuk membina dan mengembangkan korpus bahasa Melayu, nampaknya semacam sia-sia sahaja. Korpus ini tidak akan menjadikan bahasa kita sebagai alat pembentuk kemajuan di rantau kita ini jika dasar budaya bahasanya tidak jelas dan tidak tegas

Berdasarkan pandangan ini, pernahkah kita bertanya, apakah identiti orang Melayu, Cina dan India?. Penulis akan menjawab bahawa jati diri Melayu terletak pada bahasa dan tulisannya (jawi), begitu juga dengan orang India dan Cina. Berapakah ramaikah yang boleh membaca dan menulis jawi yang menjadi identiti asas belia remaja Melayu? Mungkin ada yang mengatakan ini merupakan isu yang remeh. Tetapi cuba kita mendekati pula persoalan lain seperti penggunaan kata-kata hikmah di tempat-tempat awam, seperti di LRT, ERL atau tempat membeli belah. Kita akan dapati kata-kata hikmah yang ditampal di dinding-dinding dicedok daripada penulis dan pemikir barat. Apakah kita kekurangan penulis dan pemikir-pemikir timur dan Islam? Di sinilah kejayaan mereka yang telah berjaya mencabut identiti orang timur sehingga mereka tidak bangga dengan kehebatan sendiri tetapi lebih mengagungkan kebudayaan barat.

2.5.6. Sukan. Isu bersukan dan menyertai pertandingan sukan memang tidak menjadi masalah, malah aktiviti ini amat digalakkan oleh semua agama. Apa yang menjadi masalah ialah apabila aktiviti ini menyebabkan pemain dan peminat sukan lupa akan tanggungjawabnya kepada Tuhan. Perlawanan sukan berlanjutan sehingga melepasi waktu sembahyang fardu. Ini menjadi peminat-peminat dan pemain-pemain itu sendiri tidak dapat mendirikan solat yang menjadi kewajipan kepada setiap individu yang percaya kepada Tuhan. Perkara sebegini mungkin tidak menjadi masalah kepada orang barat, tetapi dalam masyarakat Islam, hubungan antara makhluk dan Pencipta mesti disempurnakan tanpa ada apa alasan. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ini bukan pengaruh barat tetapi disebabkan oleh sikap individu itu sendiri. Tetapi kita harus ingat, bahawa pembuat dasar bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya.

2.5.7. Makanan dan minuman. Pengaruh makanan dan minuman barat telah menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti mereka. Makanan dan minuman segera ringan telah kuasai minda selain daripada arak. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggahan dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia berjaya mengikis jatidiri belia remaja. Misalnya isu makanan, walaupun ia nampak seolah-olah isu yang kecil tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat kita hari ini. Belia remaja lebih mengenal McDonald, KFC, Burger King dan lain-lain daripada masakan Melayu yang menjadi turun-temurun masyarakat dahulu. Persoalannya, sampai bilakah makanan tradisi kita akan dapat bertahan dengan dominasi makanan barat yang begitu hebat sekali. Apatah lagi, aspek kebersihan sentiasa diberikan keutamaan oleh mereka. Walaupun, francis yang diwujudkan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, tetapi sebahagian besar keuntungan masih dinikmati oleh pihak barat yang menjadi tuan punya kepada perniagaan ini.

2.5.8. Budaya Merokok….Dadah (HIV-AIDS)

Walaupun pengaruh rokok ini tidak boleh dikatakan seratus peratus daripada barat, tetapi apa yang ingin penulis ketengahkan ialah mengenai pengaruh gaya dan stail barat terhadap rokok itu sehingga menjadi kegilaan belia remaja.

Pengaruh ini merupakan faktor utama yang sedang melanda masyarakat dunia. Menurut Dr. Forest Tenant seorang pakar yang membuat kajian tentang dadah, penyalahgunaan dadah, rawatan dadah, dan pencegahan dadah. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa bila kita dapat selesaikan masalah merokok, kita akan dapat menyelesaikan banyak masalah berkaitan dadah. Menurut beliau, 95 peratus daripada penagih heroin dan kokain bermula dengan rokok sebagai ‘dadah pertama’ . Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh rokok menimbulkan impak yang besar dalam kehidupan.

Apatah lagi kita lihat iklan-iklan rokok dari barat yang berada di alam fantasi bagi mempengaruhi remaja belia. Misalnya, ditunjukkan lelaki pakai tali leher dan sut turun dari kereta mewah masuk ke hotel dan ada perempuan cantik menunggunya. Dia kemudian menghisap rokok jenama yang diiklankan itu. Menurut Ungku Aziz, remaja yang melihat iklan ini tadi cuma tinggal hisap rokok sahaja. Dia tidak dapat apa-apa, tidak ada kereta mewah, tidak ada perempuan cantik dan tidak ada tali leher. Ini satu tragedi. Kita umpan remaja yang mencari model dengan gambaran imej seperti itu. Imej itu bukan realiti, dan ia mengelirukan remaja yang masih mencari-cari identiti.Mereka tidak dapat menangkap makna identiti dan jati diri. Jati dirinya lemah kerana ia dibentuk daripada imej-imej yang bukan realiti.

Sebenarnya banyak lagi pengaruh budaya barat yang telah menjadi sebati dalam hidup kita yang boleh diketengahkan seperti meletakkan sunting di pusat, telinga (lelaki), kening, hidung dan lain-lain. Cukuplah dengan sedikit pembentangan yang dipaparkan untuk dijadikan panduan hidup kita. Mudah-mudahan tidak ada salah tanggap terhadap pembentangan ini yang seolah-olah kita menuju kepada ke alam konservatif atau ortodoks. Biar kita maju mengikut acuan kita, dan bukannya disadur dan dicedok bulat-bulat daripada barat.

3. Kesimpulan

Bukan semua pengaruh barat itu buruk dan merosakkan. Ada yang baik dan boleh membantu daya kreativiti, intelektual dan pembangunan. Misalnya, masyarakat terkenal dengan sifat amalan menjaga kebersihan, alam sekitar, rajin, kreatif dan banyak lagi sifat positif. Kalau pengaruh ini yang diambil, sudah pasti bertepatan dengan nilai-nilai agama. Tidak ada sesiapapun yang akan menghalangnya. Namun, pengaruh baik agak sukar mendapat tempat. Sebaliknya, pengaruh yang buruk bukan sahaja mudah diterima, malah diamalkan secara ekstrim.

Sebagai masyarakat yang berpegang kepada ajaran agama, kita mesti pandai untuk menapiskan atau membudayakannya mengikut citarasa masyarakat setempat dan bukannya mencedok bulat-bulat sehingga menimbulkan kesan yang buruk. Lebih merosakkan lagi, kita sampai ke peringkat mengamalkannya secara ekstrim. Misalnya, isu pembukaan pusat-pusat hiburan sehingga lewat malam atau beroperasi selama 24 jam. Kita sedia maklum, di negara barat sekalipun, amalan sebegini ekstrim tidak dipraktikkan. Justeru, sudah sampai masanya kita mencipta kembali identiti atau jatidiri Malaysia sebagaimana yang dinukilkan oleh Pendeta Zaaba.

Pengaruh-pengaruh barat di atas mesti dikaji dengan serius dengan dicari jalan penyelesaiannya. Kita mampu untuk melakukan jika kesedaran dan penghayatan hidup beragama dapat difahami dengan jelas. Jika faktor media musuh utama dan halangan, maka penilaian seharusnya dibuat dengan serius ke atas peranan media massa dan media elektronik yang beroperasi pada hari ini. Pengamal-pengamal media seharusnya juga mendapat kefahaman yang jelas dalam membicarakan isu ini. IKIM boleh memainkan peranan ini melalui cara mendekati mereka selaku pembuat dasar. Seminar sebegini boleh dipanjangkan ke tempat-tempat mereka sebagai langkah untuk meniupkan kesedaran.
Kita jangan terlalu cepat menyalahkan belia remaja, mengatakan mereka hanya suka melepak, pemalas dan banyak angan-angan. Kita sepatutnya cuba memeriksa bagaimanakah keadaannya menjadi remaja pada zaman ini. Remaja hari ini mengalami krisis jati diri. Menurut Ungku Aziz, mereka tidak dapat menjawab dengan tegas soalan yang ditanya oleh (ahli falsafah) Socrates: “Siapakah aku?” Jawapan ini amat penting dalam memperlihatkan jati diri mereka. Minda remaja ini diserang seperti dihujani peluru dengan pelbagai jenis identiti kecil daripada para celebriti ini. Akibatnya mereka tidak dapat membuat pilihan. Mereka tidak dapat memastikan dengan tegas dan yakin tokoh yang harus mereka ikuti.
Menurut beliau lagi, hidup ini bukanlah seperti lagu Que Sera, Sera – apa hendak jadi biarlah terjadi. Masa depan itu terpulang kepada kita sendiri. Ini berbalik kepada falsafah Za’ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri . Rupa tidak boleh diubahkan tetapi perangai (fiil) boleh diubah.
Zaaba berpendapat pendidikan belia remaja Melayu mestilah berteraskan kepada identiti terpenting bangsa Melayu sendiri iaitu agama Islam.Bangsa Melayu merupakan sebahagian umat Islam di dunia, maka pendidikan yang paling sesuai bagi mereka hendaklah tidak mengabaikan hakikat tersebut. Saya tidak percaya kedudukan Islam seluruh dunia boleh menjadi betul jika mereka memberatkan pelajaran sepihak dunia sahaja atau sepihak agama sahaja seperti yang sudah-sudah dengan tidak disatukan antara kedua pihak itu bersama sekali dengan seberapa dalamnya yang boleh pada keduanya
Pada masa yang sama, Za’ba menyarankan, umat Islam mesti menguasai ‘senjata barat’ yakni ilmu pengetahuan yang tinggi serta kekuatan dan kemajuan dalam pelbagai bidang seperti yang dimiliki oleh orang barat bukannya mengambil budaya negatif barat. Pihak barat sedang cuba untuk menjatuhkan umat Islam dan agama Islam melalui penulisan dan perbuatan. Untuk menghadapi mereka, Za’ba berpendapat, umat Islam mesti bersatu pada tujuan dan perbuatan iaitu dengan berpegang kepada agama Islam.
Ulamak Kontemporari Yusuf Al-Qardhawi pernah mengatakan bahawa umat Islam sepatut berasa beruntung sebab kita dapat menguasai sains dan teknologi hari ini hasil ciptaan orang barat yang telah menghabiskan masa melakukan R&D untuk menghasilkan teknologi terkini. Justeru, umat Islam tidak perlu membuang masa lagi kerana peralatan tersebut telah ada didepan mata. Kita hanya perlu menggunakan sahaja secara bijak bagi membangunkan ummah dan negara mengikut acuan agama dan budaya setempat. Malangnya, mesej tidak sampai kepada pengamal media yang menjadi tumpuan masyarakat saban hari
Seperti yang selalu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi, kita mahu maju mengikut acuan kita sendiri. Dengan sebab itu konsep Islam Hadhari dilancarkan sebagai agenda utama negara. Justeru, 10 prinsip yang menjadi paksi utama mesti dilaksanakan dalam mencipta kegemilangan dan jatidiri. Penulis yakin dan percaya, sekiranya Islam Hadhari benar-benar dilaksanakan dari segi teori dan praktik, maka hasrat melahirkan belia remaja yang bebas daripada pengaruh barat yang merosakkan akan menjadi kenyataan. Akhirnya, ambillah sedikit pengajaran daripada syair Arab yang berbunyi :

Jika seorang pemuda mencapai umur dua puluh
Belum mendapat kemegahan
Nescaya tiada kemegahan lagi

Jika engkau tidak berpangkat sejak hari-hari muda
Alamat tidakberpangkatlah hidupmu sampai ke hari tua
Bukankah umur yang berharga itu masa usia masih belia
Rebutlah peluang itu dan janganlah biarkan ia berlalu sia-sia

Kesimpulan, kalau kita mahu membina peradaban belia remaja, kita perlu bina mengikut kekuatan acuan dan jatidiri (agama) kita sendiri. Sekiranya kita merasakan bahawa acuan orang lain (barat) boleh diterima pakai maka binalah di atas kejayaan telah terbukti (membina kejayaan di atas kejayaan). Bukannya membina kejayaan hasil daripada keruntuhan dan kegagalan mereka. Kerana keputusannya sudah pasti kita akan gagal. Paling membimbangkan adalah apabila kegagalan itu sampai kepada tahap yang tidak boleh diperbaiki lagi. Akhir kalam, hayatilah apa yang Allah SWT firmankan dalam Al-Quran yang bermaksud:

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan dan banyak (pula yang)dibiarkan. Sesungguhnya telah datang kepada mu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjukkan orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderan dengan seizinNya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. (Surah Al-Maidah ayat 15-16)

Sekian, terima kasih.

Iklan